Monday, May 9, 2011

...bOTok-BotOK....


Bahan-Bahan:

2 ekor Ikan Tengiri/Mambong
8 Ulas bawang merah (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2" halia muda (tumbuk)
1 sudu teh Jintan Manis (sangai & kisar)
1 sudu teh Jintan putih(sangai & kisar)
1 sudu teh ketumbar(sangai & kisar)
2 biji buah keras (kisar)
½ cwn asam jawa
1@2 sudu bsr lada kisar
p/s rempah boleh diganti dgn rempah kari ikan. Daun pucuk Ubi
Daun kaduk
Daun pokok teh
Daun kentut2
Daun tengek burung
Pucuk labu, Pucuk betik.
p/s boleh tambah daun ulam ikut suka tapi main ulam ialah pucuk ubi dan semua dihiris sederhana.
Daun pisang (untuk bungkus)

Cara:

1. Ikan boleh digoreng dahulu atau tidak perlu goreng.
2. Tumiskan bahan2 yg ditumbuk sehingga garing serta lada kisar dan apabila naik bau, masukkan rempah yg sudah dikisar. Tumis hingga separuh garing kemudian masukkan sedikit air asam jawa, garam, serbuk perasa & gula (ikut rasa).
3. Kemudian masukkan daun2 ulam dan masak hingga naik minyak dan sederhana kering.
4. Layukan daun pisang.
5. Letakkan sedikit kuah keatas daun pisang dan letakkan ikan(goreng@tidak digoreng) atasnya dan tutup ikan dgn kuah kemudian bungkus dgn daun pisang.
6. Panaskan kukus dan kukuskan ikan yg telah dibungkus dlm daun pisang lebih kurang 10 minit (hingga masak).

Cadangan Hidangan:

Sesuai dimakan panas2 dgn nasi terutama waktu malam atau musih sejuk/hujan
Tambahan:
Elok bagi org yg gemar makanan berulam dan pesakit kencing manis.

...CeNCaLuk....




yummy...yummy....yummy...

..SIAkaP uMBai 3 rASa....


Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
375 ml sos tomato
250 ml sos cili
125 ml sos tiram
10 biji cili padi
1 sudu teh gula pasir
20 gm nanas | didadu
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
Minyak untuk menggoreng

Cara Memasaknya:

1. Goreng ikan siakap hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Masak semua sos dalam satu kuali hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan nanas, cili padi dan daun bawang. Kacau sekejap dan tuang atas ikan goreng tadi dan tabur bawang goreng.

Info:

• Waktu penyediaan : 10 minit
• W Waktu memasak : 15 minit
• W Keistimewaan : Masam, manis, pedas menyelerakan
• WJenis penyediaan : Lauk Utama
• W Jenis masakan : Ikan goreng sambal
• W Jenis acara : Makan tengah hari, makan malam
• W Cara Masakan: Goreng dan tumis

....dOdOL...


Bahan-bahan

1.8 kg tepung pulut
300 gm tepung beras
3.6 kg gula melaka 12 biji kelapa parut
15 helai daun pandan

Cara penyediaan

Bancuh tepung beras dan tepung pulut dengan santan. Setelah itu tapis ke dalam kuali besi. Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan. Bila telah larut masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Dengan menggunakan api yang perlahan jerangkan adunan ini sambil dikacau dan apabila setengah masak, masukkan pati santan dan terus kacau sehingga masak.
Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.
Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat. Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat.
Selepas itu, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri.

...buAh MElAKa OR OndE2...


Bahan-Bahan

500 gram tepung pulut
4 sudu tepung gandum
Air
Pewarna daun pandan
Gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut

Cara-cara

1.Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
2.Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
3.Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
4.Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
5.Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
6.Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
7.Siap untuk dimakan.

...AyAM MAsaK CenCAlUK....


Bahan-Bahan:

isi ayam dipotong dadu
2 ulas bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 batang serai (dititik)
2 tangkai lada besar (dihiris)
5 tangkai cili padi yg ditumbuk (ikut selera)
garam secukup rasa
gula secukup rasa
cencalok
daun kucai dihiris kasar2
daun salad untuk hiasan
sebiji tomato dipotong bulat2 utk hiasan


Cara:

isi ayam diperap dengan cencalok.
tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik aroma.
masukkan lada besar dan cili padi yg telah ditumbuk.
kemudian masukkan serai yg telah dititik.
isikan ayam yg diperap dgn cencalok td ke dalam bahan2 yg telah ditumis. tuangkan sedikit air dan biarkan ayam sehingga masak.

Cadangan Hidangan:

setelah masak,
ayam cencalok dihidangkan atas pinggan yg dialas daun salad.
kemudian taburkan daun kucai dan hiaskan dengan tomato td.
siap untuk dihidang bagi 4 orang.

....AsaM peDas PaRI....


Bahan-bahan ( 1 family... )

• 3 keping ikan pari (ikan lain pon boleh)

• Bahan kisar:-

• 3 biji bawang merah
• 10biji cili kering
• 1/2 in halia
• 1 sudu teh jintan manis
• 1 sudu teh jintan putih
• 1/4 sudu teh lada hitam
• 1/2 in kunyit hidup
• 2 ulas bawang putih

• Bahan tumis:-

• @ 1/2 bawang besar-hiris
• @ 1/4 sudu teh biji sawi
• @ 1/4 sudu teh halba
• @ 2 tangkai daun kari
• air asam jawa secukupnya
• air secukupnya
• 1 biji tomato-potong2
• 5 biji kacang bendi
• 1 serai-diketuk
• 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
• minyak masak
• garam dan gula jika suka

Cara-cara

1. panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
2. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
3. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.