makan..makan..makan...huhuhu..aku mmg suka makan...hidup untuk makan..so sape2 yang sama species ngn aku sila2 la comemment yer,,,hahahahahahahahaha...(evil laugh)...hohohohohho(santa claus melayu)..... ~terbaik dari ladang~
Monday, May 9, 2011
...meE KOloK...
BAHAN-BAHAN
1 gulung mee kering (mee sanggul/yee mee)
3 ulas bawang putih (mayang)
2 sudu besar minyak
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
4 helai daun sawi (potong 1 inci)
1/2 cawan daging / ayam rebus (rebus dgn 1 ketul kiub ayam maggi)
3 cawan air rebusan daging/ ayam
1/2 labu bawang besar (potong berbaji halus)
Garam , gula, lada sulah dan ajinomoto secukup rasa
HIASAN - Daun bawang dan bawang goreng secukupnya
CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak.Tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan bawang besar.Kacau seketika hingga layu.Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam.
Masukkan mee.Biarkan sedikit lembut.Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.Kacau seketika.Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis).Masak hingga mee lembut sedikit dan sawi layu.
Angkat dan hidang segera.Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng. Tambahkan lada sulah jika suka.
Cadangan hidangan : 1 orang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment