Sunday, May 8, 2011

....solok lada....





Bahan bahannya:

3 ekor ikan kembong(panggang)
7 biji cili hijau(cili solok)
1 cawan kelapa paru(putih sahaja)
3 camca besar kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu teh lada hitam
1 sudu teh garam
1 camca besar gula
1/2 cawan santan pekat.


Cara caranya:

1: Ikan dibuang tulang dan diambil isinya sahaja(tumbuk halus)
2:Bawang merah,bawang putih,halia dan lada hiatam ditumbuk halus
3:Kelapa parut ditumbuk tapi jangan terlalu halus
4:Gaulkan semua bahan bahan yang ditumbuk tadi ,masukkan gula,garam dan kerisik,gaul rata
5:Cili dibasuh dan dibelah sedikit untuk keluarkan bijinya
6:Sumbatkan bahan bahan no:4 kedalam cili dan masak dengan 1/2 cawan santan pekat tadi sampai santan tinggal sedikit tetapi jangan terlalu kering.
7: Siap untuk dihidangkan,sesuai dimakan bersama nasi kerabu

No comments:

Post a Comment