Showing posts with label masakan pahang. Show all posts
Showing posts with label masakan pahang. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

.....SaMBal HItaM.....


Bahan-bahan

* 500gm belimbing buluh
* 5 biji bawang merah
* 15-20 biji cili padi hijau
* 2 genggam ikan bilis yang telah dibelah
* garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. rebus belimbing buluh selama 8jam
2. tumbuk bawang merah dan cili padi hingga lumat
3. tumbuk ikan bilis separuh lumat
4. tumis semua bahan yang telah di tumbuk.
5. masukkanbelimbing buluh yang telah di toskan
6. masukkan garam dan gula
7. gaul rata dan biarkan ia kering sedikit.

....PAis TempOYak iKAN tILapia....


Bahan-bahan:

1 ekor ikan talapia | saiz sederhana
3 sudu makan tempoyak baru
20 biji cili padi | ditumbuk lumat
1 labu bawang besar | diracik
1 batang serai | dihiris kecil
25 mm kunyit hidup | ditumbuk lumat
2 sudu makan santan
Garam secukup rasa
Daun pisang

Cara Memasaknya:

1. Gaul kunyit, cili padi, tempoyak, serai dan bawang bersama.
2. Lumur badan ikan dengan garam dan balut di dalam daun pisang bersama bahan-bahan tadi.
3. Tuangkan santan di atas badan ikan.
4. Bakar ikan di atas bara api samada di atas kuali atau di dalam ketuhar.

Info:

• Waktu penyediaan : 10 minit
• Waktu memasak : 25 minit
• Jenis hidangan : Melayu
• Keistimewaan : Ikan talapia adalah salah satu ikan kampung yang popular di negeri Pahang
• Jenis penyediaan : Lauk utama
• Jenis masakan : Pais
• Jenis acara : Makan tengahari atau malam
• Cara Masakan: Panggang

....KErabu pahANg...


Bahan-bahan :

100 gm daun kucai
100 gm tauge
1 sudu kecil jintan hitam - tumbuk halus
3 ulas bawang merah - tumbuk
10 tangai cili padi - tumbuk
1 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Caranya :

1. Bersihkan daun kucai dan dikerat 2 cm. Bersih dan tuskan tauge.
2. Di dalam mangkuk besar, campurkan daun kucai, tauge, jintan hitam, cili padi, santan dan bawang merah. Gaul rata dan hidangkan.

....AYam gOleK seRI pAHang...



Bahan-Bahan

1 ekor ayam (dibersihkan)
300 gm bawng merah (dikisar halus)
5 cm halia (dititik)
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan)
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakannya:

� Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
� Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
� Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya.