makan..makan..makan...huhuhu..aku mmg suka makan...hidup untuk makan..so sape2 yang sama species ngn aku sila2 la comemment yer,,,hahahahahahahahaha...(evil laugh)...hohohohohho(santa claus melayu)..... ~terbaik dari ladang~
Sunday, May 8, 2011
....PAis TempOYak iKAN tILapia....
Bahan-bahan:
1 ekor ikan talapia | saiz sederhana
3 sudu makan tempoyak baru
20 biji cili padi | ditumbuk lumat
1 labu bawang besar | diracik
1 batang serai | dihiris kecil
25 mm kunyit hidup | ditumbuk lumat
2 sudu makan santan
Garam secukup rasa
Daun pisang
Cara Memasaknya:
1. Gaul kunyit, cili padi, tempoyak, serai dan bawang bersama.
2. Lumur badan ikan dengan garam dan balut di dalam daun pisang bersama bahan-bahan tadi.
3. Tuangkan santan di atas badan ikan.
4. Bakar ikan di atas bara api samada di atas kuali atau di dalam ketuhar.
Info:
• Waktu penyediaan : 10 minit
• Waktu memasak : 25 minit
• Jenis hidangan : Melayu
• Keistimewaan : Ikan talapia adalah salah satu ikan kampung yang popular di negeri Pahang
• Jenis penyediaan : Lauk utama
• Jenis masakan : Pais
• Jenis acara : Makan tengahari atau malam
• Cara Masakan: Panggang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment