Showing posts with label makanan terengganu. Show all posts
Showing posts with label makanan terengganu. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

...SLEManG...


Bahan-bahan:

2 keping gula kelapa/gula gerek
1 kg tepung gandum
1 mangkuk sedang air
1 botol kecil minyak jagung

Cara membuatnya:

Goreng tepung gandum sehingga naik bau harum kekuningan, angkat dan ayak ke dalam bekas.Masukkan air dlam periuk biasa(kecil) dan masak dgn gula kelapa sehingga gula cair dan berbuih.Ambil 1 batang buluh dan celup ke gula yang mendidih, angkat dan lihat sama ada gula agak bersarang apabila terkena udara, maka ia sedia diangkt. Kecilkan api, masukkan 1-2 titik minyak jagung ke dalam periuk tembaga, sapu sehingga rata, kemudian tuang adunan didih td.Biar dan lenggang sehingga agak kelihatan beku, sapu minyak pada 2 batang buluh td, dan angkat dengan menggunakan 2 batang buluh, kemudian tarik gula sehingga kelihatan keemasan. Panaskan tepung yang telah digoreng jangan sampai hangit, kemudian ayak atas kertas minyak, gula yang ditari-tarik td, diletak di atas tepung yang diayak atak kertas minyak td. Kemudian tarik- tarik gula td di atas tepung, dan selang seli ditabur tepung gandum panas seperti cara membuat mi wantan. Tarik gula sehingga kelihatan teksturnya halus dan kelihatan seperti bihun, sedia dihidangkan.


Bolehlah disimpun, sebesar ibu jari atau dipotong-potong sederhana panjang.

Cara membuat memerlukan masa yang tepat,tangan yang tahan panas dan pantas supaya gula tidak cepat sejuk dan berketul

...saTAR...


Bahan-bahan:

400g isi ikan tenggiri (dibuang kulit & tulang)
100 ml air asam jawa
8 biji buah keras
2 cm halia dicincang halus
3 biji bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih di cincang
150g kelapa parut putih
garam secukup rasa
1/2 camca gula
1 camca belacan
2-3 biji lada merah dicincang
1-2 camca serbuk lada
1 helai daun salam dimayang
1 helai daun kunyit dimayang
Daun pisang dipotong empat segi, dilayurkan
Batang buluh halus sepanjang 30cm

Cara memasaknya:

Rebus isi ikan sehingga masak dan dihancurkan. Campur dengan semua bahan. Bentukkan daun pisang seperti kon. Isikan 2-3 camca campuran ikan tadi. Bungkus dengan kemas dan cucukkan pada batang buluh. Cucukkan 4-5 satar pada tiap satu batang buluh. Bakar diatas bara api sehingga keperang-perangan.
Proses membakar harus berhati-hati jangan sampai daun pisang terbakar dan hangit menyebabkan satar akan rasa tidak enak dan hangus.

....rOJAk KatEH...


Bahan-bahan:

Kaki lembu/kerbau
air secukupnya utk merebus

Bahan-bahan untuk Kuah (Sukatan mengikut citarasa sendiri)

Cili kering ~ rebus & kisar halus
Gula nisan/gula melaka ~ masak dengan air hingga larut
Garam secukup rasa
Gula pasir jika perlu
Cuka secukup masam

Cara Membuat:

1. Bersihkan kaki lembu dengan air dari segala kekotoran.
2. Sediakan bara api untuk membakar kaki lembu. Bakar kaki hingga hangus/hingga bulu-bulu halusnya terbakar. Kikis bahagian terbakar/bahagian hitam hingga bersih.Jika masih ada bulu-bulu yang tinggal bakar lagi dan kikis lagi. Proses ini perlu dibuat berulang kali hingga semua bulu-bulu pada kaki lembu tidak kelihatan. Caranya sama kikis dengan menggunakan pisau/parang kecil. Buang bahagian tapak kaki lembu yang keras dan hanya ambil bahagian yang lembut/rawan sahaja. Apabila kaki lembu sudah cukup bersih dan nampak putih (nampak isi dalamnya), hiris/lapah bahagian kulit/keting yang lembut itu hingga semuanya tanggal dari tulangnya termasuk bahagian rawan di tapak kakinya. Kemudian bahagian yang dihiris tadi dihiris pula halus2 memanjang anggaran 1 1/2 inci panjang.
3. Hirisan kulit/keting lembu tadi dibasuh dari habuk-habuk yang melekat dan tapis kemudian direbus dengan air yang banyak sehingga betul2 lembut dan kembang (ambil masa yang lama). Selepas direbus ia akan mengembang dan akan nampak jadi lebih banyak dari kuantiti asalnya. Apabila sudah lembut,tuangkan air rebusan tadi dan tapis kulit lembu tadi.
4. Dalam periuk yang lain, masukkan air, air gula nisan, cili kisar, cuka dan garam secukup rasa hingga mendidih. Masukkan kulit lembu tadi dan masak hingga mesra. Rasakan apa yang kurang & boleh tambah mengikut citarasa sendiri. Rojak Kateh mesti ada rasa masam, pedas, manis & masin

..OTAk- OTak...


Bahan-bahan:

1 kg ikan tenggiri di ambil isinya
1 biji kelapa parut
6 biji cili merah ditumbuk
5 batang serai ditumbuk
3 cm kunyit hidup ditumbuk
1 gram jintan manis ditumbuk
1 helai daun kunyit dihiris halus
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun kelapa
Lidi secukupnya

Cara Membuat:

1. Isi ikan dipotong kecil-kecil.
2. Ambil semua bahan kecuali daun kelapa dan gaulkan dengan garam sehingga rata.
3. Ambil isi ikan dan gaulkan dengan bahan tumbuk yang digaul rata.
4. Masukkan ikan ke dalam daun kelapa dan klipkan dengan lidi.
5. Buat sehingga habis dan bakar di atas bara sehingga masak.

...LOkliK...


Bahan-bahan:

1 cawan gajus - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
1/2 cawan tepung beras - digoreng tanpa minyak
1 cawan gula melaka
2 cawan kelapa muda - diparut
Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Masak gula melaka bersama air sehingga agak pekat.
2. Masukkan gajus, tepung beras, kelapa dan garam ke air gula melaka.
3. Masak sehingga sebati dan sedia dinikmati.

...LAKsa GANu KUah MErah....



Bahan :

Laksa direndam dan direbus atau kukus.
Kacang panjang-diracik halus
Bunga Kantan-diracik halus
Daun Kesum-diracik halus
Daun Kemangi @ Selasih-diracik halus
Timun-diracik halus
Daun Kadok-diracik halus

Bahan Kuah :

Ikan direbus, diblender(byk ikan lagi sodap)
Santan
Rempah Gulai Cap Rose
Kerisik
Bawang merah-kisar
Bawang putih-kisar
Halia-kisar
Sedikit lengkuas(dlm 3 hirisan tipis sahaja)-kisar
Cili Boh
Asam Keping
Garam
Gula
Perasa
Sedikit air
Air rebusan ikan

Cara :

1.Rebus ikan.Blender isi ikan. Blender tulang ikan bersama air.
2.Masukkan dalam periuk dan tambahkan santan.
3.Masukkan bahan yang dikisar(bwg).
4.Masuk rempah gulai rose,cili boh, kerisik, asam keping, garam, gula, perasa dan air.
5.Masak sampai pecah minyak.
6.Hidangkan dengan laksa dan ulam-ulaman.

....kuIH BaKar....


Bahan-bahan:

1kg tepung gandum
1/2kg gula
2 biji telur ayam
1 biji kelapa diambil santannya
1 cawan air daun pandan
Sedikit pewarna hijau

Cara Membuat:

1. Masukkan tepung gandum dan gula di dalam satu bekas.
2. Kacau sehingga sebati dan kemudian masukkan santan dan air daun pandan.
3. Kacau sehingga sebati dan masukkan garam secukup rasa dan telur satu persatu.
4. Bakar sehingga masak

....KerOPok LEkoR...


BAHAN-BAHAN:-

1 mangkuk isi ikan kembung yg telah siap dibuang kulit dan tulangnye.
3/4 mangkuk tepung kanji
3 genggam tepung gandum
Sedikit garam halus
Sedikit ajinomoto
Air secukupnye(anggaran 1/2 cawan je)


CARA-CARA MEMPROSESNYE:-

-Ikan dibersihkan dan dibuang kepala,ekor,kulit dan tulangnye.
-Kemudian sukat isinye dgn ape2 mamgkuk.
-Blender isi ikan td bersama air,garam dan ajinomoto.
-Tuang isi ikan yg telah disiap blender kedalam bekas besar(besin)
-Masukkan tepung kanji bersama tpg gandum,gaul sebati sehingga menjadi doh tidak melekat ditnggan.Lihat foto 1.
-Kemudian gentil seperti foto 2,menggikut saiz sendiri ye.
-Rebus dalam air yg mendidih.Apabila keropok tu dah timbul itu maknanye dah masak boleh diangkat dan disejat airnye

Sos pencicah

Bahan-bahan:

1 cawan gula merah
3 sudu makan lada kisar
Air asam jawa, garam dan belacan secukup rasa
2 gelas air

Cara Membuat:

1. Masukkan 2 gelas air kemudian tambahkan gula, lada, garam, belacan dan air asam jawa.
2. Biarkan sehingga mendidih dan pekat. Angkat dan hidangkan bersama keropok lekor.

...CalONg...


Bahan A

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 kuntum cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
Air
Garam
Serbuk perisa (jika suka)
Suhun dan fucuk(jika suka)
Kentang dipotong dadu (jika suka)

Cara:

Cara membuat bebola ikan:

Jika menggunakan ikan tenggiri, potong ikan berbentuk kiub/dadu.
Jika ikan sardin/kembung,siang ikan, buang perut dan kepala. Bersihkan ikan, hiris isi ikan dari arah ekor ke kepala. Ambil isinya dan buang tulang besar.

Dengan dry mill blender/pengisar kering, kisar ikan ini. Jangan tambah air.Ikan dan garam disatukan, kemudian bulat-bulatkan adunan ikan ini. Buat hingga habis dan ketepikan.

Cara Membuat Sup:

Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan bahan A hingga naik bau. Setelah naik bau tumisan masukkan air dan kentang. Tunggu hingga menggelegak, baru masukkan bebola ikan. Suaikan rasa sup ini dengan memasukkan garam/serbuk perisa. Masukkan suhun dan padamkan api.

Cadangan Hidangan:

Enak dimakan bersama nasi panas.

Tambahan:

Ikan tenggiri memberikan warna yang putih dan lebih lazat berbanding ikan sardin atau kembung.

...aPAm BerKuah...



APAM GANDUM

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum
3 – 5 keping gula nisan (atau gula melaka)
1 peket mauripan
Air secukupnya (lebih kurang 5 – 6 cawan)

Cara Membuat Apam:

Masak gula nisan/ gula melaka dengan 2 cawan air sehingga cair,kemudian tapis dan biarkan sejuk
Masukkan mauripan ke dalam air gula yang telah disejukkan.Kacau sehingga mauripan mengembang dan nampak berbuih.
Ayak tepung gandum, tuangkan air gula tadi dan gaul rata (seeloknya gunakan tangan). Adunan mestilah seperti adunan cekodok ataupun sedikit lembik . Tambah air lagi jika tidak mencukupi.
Biarkan adunan naik dalam 1/2 jam… kacau (kaupbalik) dan biarkan dia naik lagi. Ulang proses ini sebanyak 3 kali iaitu dalam 1/2 jam sekali. Untuk kaup balik kali ketiga terus tuangkan ke dalam loyang atau acuan kecil untuk kuih apam.
Panaskan kukusan dan kukus apam sehingga masak (dalam 40 minit).

KUAH APAM:

2 sudu besar ketumbar
1 susu besar jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar lada hitam
5 cm kulit kayu manis
3-4 kuntum bunga lawang
4-5 biji buah pelaga
2-3 cm kunyit hidup
2-3 cm lengkuas
2-3 cm halia
1 batang serai
3 sudu besar kerisik
3 sudu besar kelapa parut
3 ekor ikan selayang rebus/panggang tawar (ambil isinya)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Gula/gula nisan secukup rasa
Garam secukup rasa
1 biji kelapa ( untuk dapatkan santan pekat dan cair)

Cara Membuat:

1. Kesemua bahan-bahan di atas dikisar bersama.
2. Masak bersama dengan santan cair. Bila sudah agak kering baru masukkan santan pekat. Perasakan dengan gula nisan dan garam.