Showing posts with label makanan penang. Show all posts
Showing posts with label makanan penang. Show all posts

Monday, May 9, 2011

...sUP dAGinG mAMak PeNANg...


Bahan-Bahan:

Daging sekilo potong 1 inci
Carrot ikut rasa
Bawang besar belah empat
5 biji ubi kentang
{Di rebus dan di blend}
Sedikit daun bawang/sup
Bawang gorengSeketul sup bunjut Adabi
sedikit bunga cengkih dan lawang
2/3 batang kulit kayu manis
serbuk lada hitam atau lada putih
2 biji Bawang besar
4 biji bawang putih
3 inci halia
minyak untuk menumis
garam dan perasa
air suam

Cara:

Blend bawang besar, putih,halia dan sup bunjut..Kemudian tumis bunga cenkih, lawang, kulit kayu manis serta bahan blend. Kemudian masukkan air suam dan ubi kentang yang di blend tadi.Didihkan sebetar masukkan daging dan carrot biar empuktambahgaram perasa dan lada hitam atau putih...Sendukkan kedalam mangkuk taburkan dengan daun sup,bawang,bawang goreng...Cadangan Hidangan:Hidangkan dengan roti benggali panas2

...lAKsa peNAnG...


Bahan-Bahan:

1 kg mee laksa
Air garam yang mendidih (dicelur)
90 gm asam jawa (diperah airnya,ditapis)
1.2 leter air
4 keping asam gelugur
10 tangkai daun kesum (dipetik daunnya)

Bahan Hiasan:

1 biji sedang nenas (dikupas kulitnya,dibuangmata & empulurnya serta dipotong dadu)
500 gm timun ( dibuang kulitnya *& empulurnya & dihiris tipis bulat-bulat)
30 gm daun pudina
125 gm bawang besar (dipotong dadu)
5 batang lada hijau (dihiris tipis)
6 batang lada merah (dihiris tipis)
60 gm (daun bawang kucai)(dihiris halus)
2 sudu petis
¼ cawan air panas (dicampurkan) 1 tangkai bunga kantan(dibelah dua)
1 ½ sudu gula pasir
Garam secukup rasa
750 gm ikan parang (disiang)

Bahan Giling:

250 gm bawang merah
5 batang serai
2 cm kunyit hidup
15-20 batang lada kering (direndam & ditoskan)
2 cm belacan (dibakar)
1 ulas bawang putih

Cara:

Masukkan air asam jawa,asam gelugur,daun kesum,bunga kantan,gula & garam ke dalam sebuah kuali enamel. Didihkan selama 10 minit. Masukkan ikan & kecilkan api. Biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga masak,Kemudaian keluarkan dari kuah itu. Sejukkan sedikit. Buangkan kulit & tulangnya serta kikis isinya. Sementara itu, Masukkan pes giling ke dalam kuah & terus didihkan perlahan-lahan selama 1 jam. Keluarkan daun kesum & bunga kantan.Masukkan semula isi ikan itu kedalam kuah. Biarkan sampai mendidih & rasa garamnya.
Untuk menghidangkan:
Isikan sebahagian daripada mee laksa itu ke dalam sebuah mangkuk.Tuangkan kuah panas itu ke atasnya & bubuh sedikit daripada tiap-tiap bahan hiasan.Hidangkan segera sementara ia masih panas.

Cadangan Hidangan:

Untuk 4-6 orang saja

..kARi KePala IKan PEnanG...


Bahan-bahan :

1 kepala ikan merah (saiz besar)
2 biji tomato | dibelah empat
6 batang kacang bendi
1 tangkai daun kari
2 paket Serbuk Kari Ikan Adabi
2 paket Santan Segera Adabi (bancuh dengan 500 ml air suam)
1 bunjut Sup Bunjut Adabi
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
Sedikit halba campur
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu besar Asam Jawa Adabi
Garam dan Serbuk Perasa MSG Adabi

Cara Memasak :

1.Panaskan minyak,tumiskan halba campur, bahan hirisan,sup bunjut dan daun kari sehingga naik bau.
2.Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air,masukkan asam jawa dan santan.Kacau sehingga mendidih.
3.Akhir sekali masukkan kepala ikan,garam dan serbuk perasa secukupnya.
4.Setelah ikan masak dan kuah kelihatan berminyak,angkat dan hidangkan.

Sunday, May 8, 2011

...ChAR KuEY TeOW peNAng...


Bahan-bahan ( 2 org )

* UTK PASTE *

200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula

* UTK MEE *

300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai taugeh
2 biji telur

Cara-cara

1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......