Showing posts with label masakan kelantan. Show all posts
Showing posts with label masakan kelantan. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

...naSI tUMAPng( TuPE)...




bahan-bahannya;

200gm beras
600ml air

Cara membuatnya:

1-Tanak nasi sehingga kering
2-Sediakan daun pisang sebagai kelongsong

Bahan gulai ikan:

1ekor ikan tongkol kecil
1/in lengkuas
1in kunyit hidup
200gm bawang merah
secubit garam
sedikit gula atau manisan
kesemua bahan2 ini dikisar

Cara membuat;

Masak kesemua bahan kisar,santan kelapa asam keping garam manisan sehingga mendidih sambil kacau perlahan-lahan.Masukkan ikan dan kacau bsehingga masak

Ambil ikan dan tos bersama sedikit kuah sahaja,sejukkan

Bahan2 sambal ikan:

1/2 kg ikan kembung
200gm bawang merah
20gm cili kering
100ml santan

Cara membuat:

1-Ikan direbus terlebih dahulu bersama sedikit air dengan api,sejukkan,asingkan isi dan tulang
2-Cili kering dan bawang merah dikisar halus, masukkan isi ikan bersama bahan dikisar tadi beserta santan .Kacau hingga kering dan sejukkan ,masukkan serbuk perasa, garam dan gula secukupnya

Cara membuat nasi tumpang:

1-Ambil sesudu besar nasi dan ditekan sehingga padat dalam kelongsong daun pisang, masukkan sambal ikan sedikit,ambil dua sudu nasi dan tekan serapatnya.Masukkan gulai ikan dan amil tiga sudu nasi dan tekan serapatnya.
2-Sejuk dan kemudian sedia dihidangkan

...kETupAt SOtOnG...


Bahan-Bahan:

1 kilo sotong
1 cawan beras pulut
2 ketul gula kabung (gula melaka)
2 cawan santan (sederhana pekat)
sedikit garam
1 cawan gula (secukup rasa)
daun pandan

Cara:

1. bersihkan sotong
2. masukkan beras pulut yang telah direndam dengan santan pekat, ke dalam badan sotong (1/3 bahagian sotong)
3. masukkan sotong tersebut ke dlm periuk yg telah diletak santan, garam, gula n gula melaka.
4. kemudian masukkan daun pandan
5. masak sehingga pekat

...LAksAM kElantaN...





Bahan Laksam:

3 cawan tepung beras
6 sudu besar tepung jagung
6 cawan air
sedikit garam

Bahan kuah:

3 ekor ikan sardin
1 gelas santan
½ biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
2 sudu kerisik
Sedikit lada sulah
2 asam keping
1 inci lengkuas
Gram dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan tambahan (jika suka):

Telur rebus
Daun salad
Timun – potong halus
Taugeh
Sambal belacan
Cili tumbuk
Kacang panjang – potong kecil-kecil


Cara-cara penyediaan:

Penyediaan laksam:

Satukan kesemua bahan laksam dan gaul sehingga sebati. Ketepikan dan perap sema ½ jam. Sementara itu panaskan kukusan.
Sapu sedikit minyak pada loyang atau pinggan leper, masukkan ke dalam kukusan. Tuang 2 senduk adunan laksam pada loyang/pinggan dan sapu hingga rata dan nipis.
Kukus sehingga masak, agak keras tetapi tidak berair.
Keluarkan dari kukusan dan biarkan sejuk sedikit sebelum digulung.
Gulung memanjang dan potong kecil.

Penyediaan kuah:

Rebus ikan sehingga masak.

Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai dan halia.

Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar.

Masukkan asam keping, kerisik, lengkuas, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga naik bau.

Tapis ikan dari air rebusan, simpan air rebusan. Kisar ikan sehingga hancur dan masukkan ke dalam periuk tadi. Kacau hingga rata.

Tapiskan air rebusan ikan kedalam periuk dan kacau sehingga mendidih.

Masukkan santan dan kacau lagi hingga mendidih.

Rasa garam dan gula, tambah jika perlu. Tutup api.


Sajikan potongan laksam bersama bahan-bahan tambahan dan kuah.

klik sini untuk sajian laksa kelantan

....NAsi daGAng....



Bahan-bahan:

5 cawan beras nasi dagang ATAU
3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil - dihiris halus
6 ulas bawang putih - dihiris halus
1½ inci halia - dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa


Cara penyediaan:

Didihkan air didalam periuk kukusan Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak.

Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat dengan memasukannya sedikit demi sedikit, bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

Hidang panas-panas bersama kuah gulai dan sambal kelapa.


Gulai ikan tongkol untuk nasi dagang

Bahan A

2 ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
1 sudu makan garam
1 sudu teh gula
Air untuk merebus - sekadar menutup ikan, lebihkan seinci

Bahan B

Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (pilihan jika suka pedas)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara penyediaan:

Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau.

Masukkan rempah kari dan cili (jika guna). Masak sehingga keluar minyak.

Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan seekor untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih.

Masukkan santan pekat dan asam gelugor. Bila mendidih masukkan gula merah, garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor). Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.


Sambal kelapa untuk Nasi Dagang

Bahan-bahan:


Kelapa parut (sebiji), digoreng tanpa minyak sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
ikan tongkol rebus, ambil isinya sahaja

Cara penyediaan:

Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya.


Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.

....NASi KerABU...



Bahan-bahan:
Nasi putih atau Nasi warna biru atau kuning

Bahan untuk Sambal Ikan :

3 ekor ikan kembung - panggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - jadikan kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara penyediaan :

Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat


Bahan untuk kuah :

4 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
Sedikit belacan - kisar
10 tangkai cili kering - kisar
2 cm halia - kisar
2 cawan santan cair
1 batang serai - hiris halus
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara penyediaan:

Masak santan dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.

Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.


Bahan untuk ulam-ulaman :

1/2 biji timun - dipotong halus
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
sedikit belacan
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dihiris
5 batang kacang panjang - dipotong halus
sedikit taugeh
2 sudu makan budu
2 sudu teh lada sulah

Cara penyediaan:

Gaulkan semua ulam-ulaman. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu untuk dimakan.

Sedia untuk dihidangkan. Hidangan lebih lengkap dengan keropok ikan goreng, solok lada, ikan goreng atau telur asin atau apa-apa lauk goreng.