Sunday, May 8, 2011

...aPAm BerKuah...



APAM GANDUM

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum
3 – 5 keping gula nisan (atau gula melaka)
1 peket mauripan
Air secukupnya (lebih kurang 5 – 6 cawan)

Cara Membuat Apam:

Masak gula nisan/ gula melaka dengan 2 cawan air sehingga cair,kemudian tapis dan biarkan sejuk
Masukkan mauripan ke dalam air gula yang telah disejukkan.Kacau sehingga mauripan mengembang dan nampak berbuih.
Ayak tepung gandum, tuangkan air gula tadi dan gaul rata (seeloknya gunakan tangan). Adunan mestilah seperti adunan cekodok ataupun sedikit lembik . Tambah air lagi jika tidak mencukupi.
Biarkan adunan naik dalam 1/2 jam… kacau (kaupbalik) dan biarkan dia naik lagi. Ulang proses ini sebanyak 3 kali iaitu dalam 1/2 jam sekali. Untuk kaup balik kali ketiga terus tuangkan ke dalam loyang atau acuan kecil untuk kuih apam.
Panaskan kukusan dan kukus apam sehingga masak (dalam 40 minit).

KUAH APAM:

2 sudu besar ketumbar
1 susu besar jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar lada hitam
5 cm kulit kayu manis
3-4 kuntum bunga lawang
4-5 biji buah pelaga
2-3 cm kunyit hidup
2-3 cm lengkuas
2-3 cm halia
1 batang serai
3 sudu besar kerisik
3 sudu besar kelapa parut
3 ekor ikan selayang rebus/panggang tawar (ambil isinya)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Gula/gula nisan secukup rasa
Garam secukup rasa
1 biji kelapa ( untuk dapatkan santan pekat dan cair)

Cara Membuat:

1. Kesemua bahan-bahan di atas dikisar bersama.
2. Masak bersama dengan santan cair. Bila sudah agak kering baru masukkan santan pekat. Perasakan dengan gula nisan dan garam.

No comments:

Post a Comment