makan..makan..makan...huhuhu..aku mmg suka makan...hidup untuk makan..so sape2 yang sama species ngn aku sila2 la comemment yer,,,hahahahahahahahaha...(evil laugh)...hohohohohho(santa claus melayu)..... ~terbaik dari ladang~
Monday, May 9, 2011
...buAh MElAKa OR OndE2...
Bahan-Bahan
500 gram tepung pulut
4 sudu tepung gandum
Air
Pewarna daun pandan
Gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut
Cara-cara
1.Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
2.Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
3.Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
4.Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
5.Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
6.Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
7.Siap untuk dimakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment